Assalamualaikum, 
Ramai antara kita yang banyak bercakap soal aurat kaum Hawa, bukan sahaja dari kaum hawa sendiri. Malah dari kaum Adam juga ramai yang bersimpati pada Muslimah Muslimah kini yang masih tak sedar tentang kewajipan menutup Aurat ini. Apa yang nak diutarakan disini sebenarnya, dalam menasihati Muslimat ni, Muslimin juga haruslah menjaga Aurat kalian dengan betul ! Bukan kalian sahaja yang hendak menjaga pandangan, kami kaum Hawa juga ingin menjaga pandangan -.-’ Entah dari budaya mana cara kamu (lelaki) yang pakai seluar macam ni. Sakit mata tahu  Budaya tu datang mengikut zaman dan adat. Tapi ingatlah, Islam ni datang dari Allah. Maka ikutlah cara Allah menyuruh kita menutup aurat, bukan sebab terikut ikutkan budaya luar. 
Note to Muslimat : Kita kaum Hawa lagilah perlu hati hati dalam bab Aurat, sbb banyak benda yang kita kena jaga.Tambah tambah lagi fashion sekarang dah macam jenis ada. Bak kata sahabat saya, dia penah share. Tudung singkat bermani manik harga beratus ratus, tapi tudung labuh harga 25 pun tak nak beli. Tapi bagi sesiapa yang baru nak berubah tu, takpe. Beli tudung bidang 45 atau 50 dulu pun tak apa, yg penting. tutup Aurat, ingatlah Muslimahku, suruhan Allah semua ni bukan sbb Allah nak bebankan kita, tapi sebab Allah nak jaga kita. Allah sayang kita tau ! KALAU AWAK RASA PAKAI TUDUNG TU PANAS, SAYA NAK BAGI TAHU AWAK. NERAKA TU LAGI PANAS. Saya tahu apa yang kalian rasa, susah bukan untuk melakukan perubahan tu ? Mungkin, lepas awak berubah, semua ni akan berubah ? Sahabat ? dan yg lain lain. Tapi ingatlah. Jika awak berubah kerana Allah. Pasti semuanya akan jadi senang. SebabAllah ada dgn awak. Jika awak hilang kawan awak yang sekarang, bukan salah awak. Itu mungkin kerana Allah ingin menghantar sahabat sahbat yg baru, yang baik boleh bantu awak kembali sama sama ke Jalan Allah. hmm, sama sama berubah jom :’)

-DDI


3 notes
  1. sakuradaisy reblogged this from fashionistabish
  2. missdianpitaloka reblogged this from fashionistabish
  3. fashionistabish posted this
13cameras